Friday, May 3, 2024
24 C
Brunei

    -

    Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan hormat

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Yang Di-Pertua Majlis Me-syuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Erma Said Mohamed Al Kathiry, di Bangunan Dewan Majlis, Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat, di sini, turut hadir semasa kunjungan hormat berkenaan ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis-majlis Mesyuarat, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar.

    Semasa kunjungan hormat itu, Yang Berhormat Pehin telah mengucapkan tahniah kepada Puan Yang Terutama atas lantikannya sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam.

    Kedua-dua pihak juga telah menyentuh mengenai beberapa perkara yang menjadi keprihatinan dan kepentingan bersama seperti dalam bidang pendidikan dan pertukaran antara warga kedua-dua buah negara yang penting dan dapat diperkembangkan lagi.

    Di samping itu, kedua-dua belah pihak merakamkan rasa penghargaan atas hubungan kerjasama yang terjalin sejak sekian lamanya dan berharap ia akan sentiasa berkembang serta dapat diperkukuhkan lagi melalui pertukaran lawatan dan melalui kerjasama di bidang-bidang yang sedia ada dan akan datang.

    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman semasa menerima kunjungan hormat daripada PYT Erma Said, kelmarin. – Gambar serahan Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...