Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ziana tingkatkan stamina bersaing penyanyi muda di pentas AJL 38

    Penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain yang bakal berentap di pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38, bulan hadapan kini gigih mempersiapkan diri dengan berkunjung ke gimnasium tiga kali seminggu.

    Ziana berduet bersama Hasif Upin menerusi lagu Waktu ciptaan Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan John Jeeves, berkata dia perlu meningkatkan stamina kerana berdepan saingan penyanyi muda.

    “Saya banyak tumpukan perhatian pada stamina. Saya sudah berusia 56 tahun, jadi perlu kelihatan ‘fit’ dan bertenaga kerana saya bersaing dengan anak-anak muda yang memiliki tenaga tinggi.

    “Saya kena setaraf dengan mereka. Untuk berada pada tahap mereka, saya banyakkan latihan kardio tiga kali seminggu sesuai dengan usia,” kata Ziana yang ditemui di Meet & Greet Paling Ikonik AJL38 di Pasar Seni, baru-baru ini.

    Biarpun platform AJL tidak asing buatnya, namun Ziana mengakui, tetap merasakan debaran menjelang malam berprestij itu.

    Ziana tetap merasakan debaran meskipun pentas AJL bukan asing buatnya. – mStar

    Bagaimanapun, Ziana berkata, dia enggan terlalu memikirkan mengenai kemenangan bagi mengelakkan rasa tertekan.

    “Saya menyanyi dengan orang baharu, tapi saya tak nak fikirkan sangat. Cuma, saya minta Hasif buat yang terbaik.

    “Kadang-kadang kita tak boleh jangka bakat orang baharu. Silap-silap mereka lagi menyerlah,” katanya.

    Biarpun platform AJL tidak asing buatnya, namun Ziana mengakui, tetap merasakan debaran menjelang malam berprestij itu.

    Bagaimanapun, Ziana berkata, dia enggan terlalu memikirkan mengenai kemenangan bagi mengelakkan rasa tertekan.

    “Saya menyanyi dengan orang baharu, tapi saya tak nak fikirkan sangat. Cuma, saya minta Hasif buat yang terbaik.

    “Kadang-kadang kita tak boleh jangka bakat orang baharu. Silap-silap mereka lagi menyerlah,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda