Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    10 terlibat judi sabung ayam ditahan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Seramai 10 orang warga tempatan dan asing telah diberkas kerana terlibat dalam aktiviti perjudian sabung ayam dan judi katam-katam di Kampung Panchong, Mukim Lamunin, Tutong, baru-baru ini.

    Tangkapan itu dibuat dalam operasi serbuan yang dijalankan oleh Daerah Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dengan bantuan daripada Jabatan Perisikan Jenayah (JPJ) pada 21 April lalu.

    Menurut PPDB, operasi telah dijalankan di kawasan kebun belakang sebuah rumah dan pihak PPDB turut merampas beberapa ekor ayam, alat-alat permainan katam-katam berserta duit, dipercayai digunakan bagi kegiatan perjudian.

    Kesemua suspek dan barang bukti dibawa ke Balai Polis Tutong untuk dijalankan siasatan lanjut.

    Serbuan tersebut adalah hasil daripada maklumat serta risikan yang telah diperoleh JPJ, PPDB.

    Suspek-suspek disiasat di bawah seksyen 7 Akta Rumah Perjudian Penggal 28 iaitu berjudi di tempat awam yang mana boleh dihukum denda $2,500 dan enam bulan penjara.

    Dalam pada itu, PPDB menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mana-mana aktiviti yang menyalahi undang-undang di negara ini untuk terus berhubung dengan balai polis berdekatan atau melalui hotline 993.

    Ayam yang dirampas semasa serbuan tersebut dipercayai digunakan bagi kegiatan perjudian. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...