Sunday, May 5, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Majlis ramah mesra pengangun meriahkan Syawal

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Walaupun sudah memasuki minggu ke dua Syawal, kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri masih dirasakan dengan kunjung mengunjungi sanak saudara dan tidak kurang dengan adanya rumah terbuka.

    Sementara itu, Kumpulan Pengangun Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Restoran Tarindak D’Seni di ibu negara, kelmarin.

    Lebih 50 orang pengangun di keempat-empat daerah menghadiri majlis berkenaan yang antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan bertukar-tukar idea dan pandangan dalam kalangan pengangun seluruh negara.

    Pengasas Kumpulan Pengangun Brunei Darussalam, Hajah Ajijah binti Haji Momin dalam ucapan alu-aluan pada majlis itu antara lain telah mengongsikan penubuhan latar belakang kumpulan berkenaan yang mula ditubuhkan pada Jun 2023.

    Menurutnya, mereka berhasrat untuk menarik taraf perkumpulan dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat seperti menubuhkan kumpulan dikir dan juga tausyeh, di samping mengadakan bengkel dan lawatan ke tempat yang ada hubung kait dengan profesion pengangun.

    Kumpulan Pengangun Brunei Darussalam bergambar ramai semasa majlis tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...