Sunday, May 5, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    JPMC lancar teknologi AI untuk penghidap diabetes

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Dengan kemajuan teknologi, alat pemeriksaan perubatan yang berkembang pesat sepanjang tahun telah membolehkan kaedah yang mudah digunakan dan tidak invasif untuk mendiagnosis penyakit, dan ini tidak terkecuali dengan adanya teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi retinopati diabetik.

    Sehubungan itu, Jerudong Park Medical Centre (JPMC) buat julung kalinya telah memperkenalkan perkhidmatan saringan teknologi AI bagi retinopati diabetik pada majlis pelancaran yang berlangsung di Klinik Oftalmologi JPMC, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis pelancaran berkenaan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku Pengarah Eksekutif JPMC.

    Turut hadir menyaksikan detik kemajuan teknologi dalam bidang kesihatan mata berkenaan ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; wakil-wakil dari Kementerian Kesihatan, pengurusan kanan dan ketua jabatan JPMC; dan Visiting Consultants Ophthalmologist JPMC.

    Sebelum perasmian, majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat dan diakhiri dengan demonstrasi saringan teknologi AI bagi retinopati diabetik.

    Dalam pada itu, Yang Berhormat Dato menjelaskan bahawa satu daripada tiga orang yang menghidap diabetes didiagnosis dengan retinopati diabetik, menjadikannya salah satu komplikasi diabetes yang paling biasa.

    Dengan inovasi teknologi AI, ia akan mengubah standard penjagaan kesihatan dengan meningkatkan kualiti hidup melalui penjagaan pencegahan.

    “Melabur pada teknologi canggih untuk meningkatkan diagnostik perubatan adalah penting untuk berada di barisan hadapan penjagaan kesihatan, dengan JPMC menerajui, kami berharap ini akan membolehkan banyak kemungkinan diagnostik perubatan peringkat pertama,” ujarnya.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bergambar ramai semasa majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN JPMC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...