Sunday, May 5, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    3 maut dalam tembakan di universiti

    MANILA, 24 JULAI – Tiga orang terbunuh hari ini dalam insiden tembakan di sebuah universiti di bandar Filipina, Manila kata pegawai, kata para pegawai.

    Kejadian yang kelihatannya seperti pembunuhan sasaran itu berlaku di Universiti Ateneo de Manila ketika para pelajar undang-undang dan keluarga mereka tiba bagi majlis graduasi yang bakal dihadiri oleh ketua hakim Mahkamah Tinggi.

    Rose Furigay, bekas datuk bandar di wilayah selatan Basilan yang bergolak dan anak perempuannya antara yang akan diraikan pada majlis graduasi itu, telah dibunuh, kata pihak berkuasa.

    Bagaimanapun anak perempuannya cedera dan dalam ‘keadaan yang stabil’ di sebuah hospital, kata polis.

    Sementara itu, penolong eksekutif Furigay dan pengawal keselamatan universiti juga terbunuh.

    Beg mayat dibawa dari tempat kejadian tembakan di Universiti Ateneo de Manila, Bandar Quezon, sub bandar Manila pada 24 Julai. Gambar sisipan menunjukkan lelaki bersenjata yang disyaki, Chao Tiao Yumol diiringi oleh polis di Kem Karingal. – AFP

    “Kami berasa tidak keruan dan berduka dengan kejadian yang berlaku ini,” kata Joy Belmonte, datuk bandar dari unit kerajaan setempat memberitahu AFP.

    Lelaki bersenjata melarikan diri dari tempat kejadian dengan memaksa pemandu keluar dari kenderaannya, sebelum meninggalkannya dan terus lari menggunakan jeepney, kata polis.

    Dia akhirnya ditahan dekat sebuah gereja.

    Polis menemukan dua senjata api dan alat penyengap yang dipercayai digunakan oleh suspek, yang mereka kenal pasti sebagai Chao-Tiao Yumol dan berkata mempunyai ‘sejarah panjang’ dalam pertikaian perundangan dengan Furigay.

    Yumol sebelumnya diikat jamin bagi kesalahan penyataan fitnah dalam siber.

    “Ini kelihatannya seperti pembunuhan terancang,” kata Brigedier Jeneral Remus Medina kepada wartawan, menyifatkan insiden itu sebagai ‘terasing’.

    Yumol, dengan kesan melecet pada wajahnya, telah dihadapkan oleh polis kepada wartawan.

    Dia menuduh Furigay menjadi ‘ketua dadah’.

    Susulan kejadian tembakan itu, universiti tersebut telah membatalkan majlis graduasi.

    Dalam satu kenyataan, universiti itu mengecam kejadian tersebut dan berkata ia telah ‘menjejaskan kelas Sekolah Undang-undang 2022 dalam apa yang sepatutnya menjadi hari penuh gembira buat mereka’.

    Ketua Hakim Mahkamah Tinggi, Alexander Gesmundo yang menjadi tetamu khas pada majlis itu, sedang dalam perjalanan ke universiti itu semasa tembakan berlaku, kata jurucakap mahkamah.

    Sementara itu, Presiden Ferdinand Marcos Jr menyatakan rasa terkejutnya terhadap insiden tersebut dan mengatakan agensi undang-undang akan ‘menyiasat serta-merta kes itu dan mengheret semua yang terlibat untuk diadili’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...