Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    40 pelajar cemerlang terima biasiswa Sabah

    KOTA KINABALU, 26 JULAI – Seramai 40 pelajar seluruh Sabah yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas menerima Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau mahu penerima biasiswa di bawah Yayasan Sabah itu memanfaatkan kesempatan serta peluang keemasan untuk meningkatkan tahap penguasaan ilmu khususnya berkaitan nilai kreativiti dan inovasi untuk menjadi sebahagian pemangkin matlamat kerajaan negeri Sabah.

    “Jangan terlalu cepat berpuas hati dengan pencapaian yang diperoleh sebaliknya terus tingkatkan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam pelajaran sehingga ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan biasiswa itu di Menara Tun Mustapha di sini hari ini.

    Hadir sama Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Gulamhaidar Khan.

    Hajiji, yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, berkata setakat ini seramai 675 orang anak-anak Sabah telah menerima manfaat daripada biasiswa berprestij itu dengan perbelanjaan berjumlah RM115.8 juta. – Bernama

    Datuk Seri Hajiji Noor (dua, kiri) ketika menyampaikan Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah kepada salah seorang penerima kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...