Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Singapura kesan kes cacar monyet ke-9, peningkatan COVID

    SINGAPURA, 26 JULAI – Satu lagi kes cacar monyet dilaporkan di Singapura kelmarin, membawa jumlah keseluruhan kes dikesan setakat ini kepada sembilan.

    Pesakit lelaki warga Filipina berusia 31 tahun itu diuji positif semalam dan kini dimasukkan ke wad di Hospital Awam Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini terbaru di laman sesawangnya.

    Menurut MOH, pesakit itu mengalami demam pada 21 Julai lalu sebelum ruam dikesan pada muka dan sekitar duburnya, yang merebak ke bahagian lain badan.

    Lelaki itu mendapatkan rawatan di Hospital Umum Singapura kelmarin dan dimasukkan ke wad pada hari yang sama manakala pengesanan kontak sedang dilakukan.

    Daripada sembilan kes cacar monyet, lima adalah kes tempatan dan empat lagi import. Setakat ini, kes-kes tersebut tidak berkaitan.

    Dalam pada itu, Singapura juga melaporkan peningkatan kes baharu COVID sebanyak 5,551 kes, membawa jumlah keseluruhan kepada 1,664,707.

    Daripada kes-kes baharu itu, 434 dikesan melalui ujia PCR dan 5,117 pula melalui ujian ART, menurut statistik dikeluarkan MOH. Tujuh kematian dilaporkan kelmarin, membawa jumlah kematian kepada 1,483, tambahnya. – ANN/The Straits Times

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...