Sunday, May 5, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    83 murid terima sumbangan kaca mata

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Seramai 82 orang murid berkeperluan khas yang mengalami masalah penglihatan, dari sekolah agama seluruh negara telah menerima sumbangan kaca mata daripada Syarikat Perfect Vision sempena Hari Penglihatan Sedunia 2022.

    Majlis penyampaian sumbangan anjuran Jabatan Pengajian Islam (JPI) melalui Unit Pendidikan Khas Ugama, Bahagian Sekolah Ugama itu diadakan di Dewan Serbaguna, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, Kampung Burong Pingai Berakas, hari ini.

    Sumbangan disampaikan oleh Penolong Pengarah Syarikat Perfect Vision, Pengiran Hussain bin Pengiran Anak Haji Abdul Rahman kepada Pengarah Pengajian Islam, Haji Shamsol bin Haji Omar bagi menyempurnakan penyerahan kaca mata berkenaan kepada para penerima.

    Majlis bertujuan bagi menghargai sumbangan kaca mata daripada Syarikat Perfect Vision dan secara tidak langsung sama-sama meraikan Sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2022 yang disambut 13 Oktober dengan tema ‘Cintai Mata Awda’.

    Bantuan berkenaan juga dapat membentuk sikap positif dan pemedulian masyarakat khasnya Syarikat Perfect Vision terhadap masalah murid berkeperluan khas mendapatkan kaca mata yang sesuai dan dapat menjalankan aktiviti seharian dengan selesa.

    Bagi menghargai sumbangan kaca mata tersebut, sijil penghargaan turut disampaikan oleh Haji Shamsol kepada syarikat tersebut.

    Haji Shamsol menyampaikan sumbangan kaca mata daripada Perfect Vision kepada salah seorang murid sekolah agama.
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...