Saturday, May 18, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Karl badai Mexico

    MEXICO, 13 OKT – Pergerakan Ribut Tropika Karl terhenti di pantai selatan Teluk Mexico, walaupun peramal kaji cuaca berkata pemberhentian tersebut sepatutnya singkat dan menjangkakan ia akan mula bergerak ke arah selatan ke arah darat hari ini.

    Ribut telah menghala secara perlahan ke utara sebelum keadaan cuaca menghalakannya sekitar malam kelmarin.

    Ia dijangka menghampiri pantai Veracruz atau negeri Tabasco menjelang lewat esok tanpa pengukuhan menjadi taufan.

    Pusat Taufan Kebangsaan AS berkata Karl membawa angin berkelajuan maksimum 60bsj (95kmsj) lewat kelmarin. Ia tidak bergerak, masih berpusat kira-kira 405 kilometer utara-timur laut bandar pelabuhan Veracruz.

    Angin kuat ribut tropika terus membadai sehingga 165 kilometer dari pusatnya.

    Pusat taufan tersebut berkata Karl boleh menurunkan hujan 8 hingga 18 sentimeter merentasi bahagian Veracruz dan Tabasco dari Jumaat hingga lewat Sabtu.

    Ia berkata sebanyak 30 sentimeter turunan hujan boleh melanda tempat terpencil. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...