Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 dipercayai maut dalam nahas pesawat di Thailand

    BANGKOK, 23 OGOS – Para pencari menggali ke dalam lumpur paya bakau yang ditenggelami air di luar Bangkok hari ini untuk mencari serpihan pesawat dan mayat lima penumpang warga China dan empat anak kapal warga Thailand yang dipercayai terbunuh dalam nahas sejurus selepas berlepas.

    Kira-kira 300 pegawai dan sukarelawan penyelamat telah menggeledah lokasi nahas dan akan menghantar mana-mana mayat yang mereka temui untuk pengecaman forensik, kata Gabenor wilayah Chachoengsao, Chonlatee Yangtrong lewat malam tadi.

    Hanya bahagian kecil badan pesawat yang ditemui setakat ini.

    Tapak nahas kira-kira 40 kilometer dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi dinaiki air apabila air pasang naik dari sungai berhampiran yang mengalir ke Teluk Thailand.

    Video menunjukkan serpihan pesawat di dalam air di tengah-tengah kawasan hutan. Seorang penyelamat bekerja dalam air berlumpur sehingga ke dadanya.

    Lima pelancong China dan empat warga Thailand, seorang juruterbang, pembantu juruterbang dan dua kakitangan perkhidmatan penerbangan, berada dalam pesawat itu, kata jurucakap kerajaan wilayah, Sangdune Jewyu. – AP

    Bangkai pesawat penumpang kecil yang terhempas pada Khamis dilihat berhampiran lokasi nahas di wilayah Chachoengsao, Thailand, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda