Sunday, May 5, 2024
22.5 C
Brunei

    -

    ABDB hulur bantuan kepada mangsa gempa Cianjur

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan Kementerian Pertahanan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JAN – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyumbangkan derma berbentuk barangan bantuan kepada mangsa yang terjejas oleh gempa bumi di Cianjur, Wilayah Jawa Barat, Republik Indonesia yang melanda pada 21 November 2022.

    Sumbangan bernilai $2,000 itu telah diserahkan kepada Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jenderal TNI Dato Paduka Seri Andika Perkasa oleh Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, semasa lawatan pengenalan beliau ke Republik Indonesia pada 4 hingga 7 Disember lalu.

    TNI kemudiannya membeli barangan bantuan tersebut dan mengagihkannya bagi pihak ABDB pada 27 Disember.

    Barangan bantuan yang terdiri daripada 144 helai pakaian kanak-kanak perempuan, 120 helai pakaian kanak-kanak lelaki dan 25 kotak pakaian orang dewasa, kemudiannya diserahkan oleh Kepala Pusat Kesihatan (Kapuskes) TNI, Mejar Jeneral Dr Guntoro dalam sebuah Majlis Kegiatan Bantuan Kesihatan Sosial kepada wakil mangsa yang terjejas akibat bencana gempa bumi berkenaan.

    Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi menyampaikan sumbangan daripada ABDB kepada Jenderal TNI Dato Paduka Seri Andika Perkasa.
    TNI mengagihkan bantuan bagi pihak ABDB kepada mangsa bencana berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...