Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    15 maut, 47 cedera dalam kemalangan bas

    BANDAR MEXICO, 1 JAN — 15 orang maut, manakala 47 lagi yang tercedera sedang dirawat selepas sebuah bas yang membawa pelancong yang sedang bercuti terbalik di lebuh raya di negeri pesisir pantai Pasifik Mexico, Nayarit, kata pihak berkuasa baru-baru ini.

    Para pegawai di negeri berhampiran Guanajuato berkata semua penumpang datang dari bandar yang sama, Leon, di negeri itu. Ia merupakan perkara biasa bagi kawan-kawan, saudara-mara, atau jiran tetangga di Mexico untuk mengumpulkan duit mereka bagi menyewa sebuah bas untuk percutian pantai.

    Pihak pendakwa raya di Nayarit berkata kemalangan tersebut berlaku pada Jumaat, di jalan luar bandar. Mereka berkata, sekurang-kurangnya empat orang kanak-kanak maut.

    Media tempatan mengatakan bahawa para pelancong tersebut sedang dalam perjalanan pulang dari Guayabitos, sebuah bandar pantai di utara Puerto Vallarta.

    Punca kemalangan masih lagi dalam siasatan. Mereka yang tercedera sedang dirawat di hospital tempatan, dan tiada maklumat lanjut mengenai keadaan mereka.

    Sebelum ini, kemalangan-kemalangan seperti itu sering disebabkan oleh penyelenggaraan syarikat sewaan bas yang lemah, cuaca buruk, keadaan lebuh raya, atau memandu melebihi had kelajuan yang ditetapkan. – AP

    Bas yang tidak diselenggara dengan baik merupakan salah satu faktor yang mengundang kemalangan jalan raya di Mexico. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...