Saturday, May 4, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Aina janjikan kelainan pada konsert di DFP

    Penyanyi Aina Abdul membayangkan aksi pada konsert bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) di sini, bulan depan, lebih gah daripada apa yang dipersembahkan di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

    Aina berkata, pada konsert itu, dia memberi lebih fokus kepada vokal, muzik dan penyampaiannya bersama 60 pemuzik simfoni, lapor BH Online.

    “Ini adalah penampilan yang saya fikir berbeza. Jika anda tanya satu istilah untuk menggambarkan diri saya pada konsert itu adalah saya menunggu untuk menunjukkan diri ini yang sudah matang.

    “Konsert ini adalah pengembaraan saya yang memperlihatkan sisi kematangan di pentas.

    “Saya mungkin tidak selincah konsert sebelum ini. Awda akan dapat lihat lebih banyak sisi saya sebagai penyanyi matang bersama MPO.

    “Saya tidak mahu tampilkan elemen yang pernah dibuat sebelum ini. Berdiri di pentas DFP sahaja saya sudah rasa ‘goosebump’, inikan bersama 60 pemuzik simfoni,” katanya pada sidang media mengumumkan konsert bersama MP di sini, baru-baru ini.

    Aina sangat menghargai peluang diberi DFP untuk mementaskan konsert di premis gah dan berprestij seperti itu.

    “Ini adalah peluang yang saya mahu sepanjang karier. Namun, saya tahu, peluang seperti ini tidak datang dengan cepat dan mudah.

    “Bagi saya, konsert ini adalah peluang keemasan yang sangat nanti-nantikan. Pentas DFP juga membawa cabaran besar buat saya,” katanya.

    Aina berkata, kelainan ketara dapat dilihat melalui susunan muzik bagi setiap dendangan yang akan dipersembahkan bersama pemuzik simfoni di bawah pimpinan konduktor muzik, Ahmad Muriz Che Rose.

    “Misalnya, lagu Shadow akan disampaikan dalam bentuk simfoni dan berubah 180 darjah,” katanya. – Agensi

    Aina mahu memberi lebih fokus kepada vokal, muzik dan penyampaiannya bersama 60 pemuzik simfoni untuk konsert di DFP, bulan depan. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...