Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anuar Zain takut kecaman peminat

    Penyanyi Anuar Zain tidak berminat untuk menjadi juri dalam mana-mana program nyanyian meskipun mendapat pelbagai tawaran daripada pihak stesen televisyen.

    Anuar atau Shahrul Anuar Zain, 53, berkata, pendiriannya itu kerana tidak mahu terkesan dengan respons balas peminat selain menganggap dia tidak layak duduk di kerusi juri bagi menilai nyanyian orang lain.

    “Saya banyak terima tawaran untuk pelbagai program tetapi tidak rasa diri ini layak menjadi juri.

    Anuar ditemui ketika sesi latihan bersama Orkestra Simfonik Wind Seri Puteri (SPWinds) sempena Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds yang bakal berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur tidak lama lagi.

    Tambah penyanyi lagu Sedetik Lebih ini, dia juga menghormati rakan-rakan artis lain yang mengambil peluang untuk berkongsi ilmu menerusi program realiti televisyen.

    Menurutnya juga dia amat mengagumi bakat-bakat baharu dalam industri seni kala ini dan merasakan sepatutnya mereka diberi komen ketika membuat persembahan.

    “Saya nak beri komen kepada penyanyi lain pun tidak sampai hati. Kita semua dalam satu platform yang sama dan saya rasakan penyanyi sekarang ini sangat berbakat.

    “Memang dalam sebuah persembahan ada kekurangannya. Namun menjadi juri bukanlah diri saya kerana saya tidak belajar tentang teknik nyanyian.

    “Jika ada rakan-rakan artis lain yang mahu jadi juri, itu terpulang kerana mereka rasa layak diberi tugas sebegitu,” ujarnya. – Agensi

    Anuar Zain menganggap dia tidak layak duduk di kerusi juri bagi menilai nyanyian orang lain. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda