Sunday, May 5, 2024
29.6 C
Brunei

    -

    APMM lupus dadah bernilai lebih RM27 juta

    PORT DICKSON, 21 SEPT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melupuskan pelbagai jenis dadah seberat 1,301 kilogram bernilai lebih RM27 juta yang dirampas pada 2020 dan awal tahun ini.

    Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) APMM, Khairul Anwar Bachok berkata dadah berkenaan hasil rampasan yang dilakukan Zon Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Zon Maritim Kuala Kedah, Zon Maritim Tanjung Sedili dan Zon Maritim Batu  Pahat di Johor.

    “Pelupusan dadah jenis ganja, heroin, morfin, methamphetamine dan methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) itu dilaksanakan selepas Maritim Malaysia menerima perintah rasmi mahkamah untuk dilucut hak setelah kes berkenaan selesai dibicarakan,” katanya pada sidang media majlis pelupusan dadah di Syarikat Kualiti Alam di sini hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...