Sunday, May 5, 2024
29.6 C
Brunei

    -

    Papan tanda 7 ketua kampung dirasmikan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Papan tanda bagi tujuh jawatan ketua kampung yang diisikan secara tetap di Daerah Brunei dan Muara telah dirasmikan di kediaman ketua-ketua kampung berkenaan, hari ini.

    Perasmiannya telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

    Majlis perasmian telah diadakan di kediaman Ketua Kampung Rancangan Perumahan Negara (RPN) Tanah Jambu, Pengiran Mazrawi bin Pengiran Haji Mahmud; Ketua Kampung Kawasan 1 Sungai Akar, Haji Zailani bin Haji Abdul Malik; Ketua Kampung Pancha Delima dan Orang Kaya Besar Imas, Awang Omar bin Haji Dollah; Ketua Kampung Kawasan 5, RPN Lambak Kanan, Haji Hamidi bin Haji Abdul Wahid dan Ketua Kampung Kawasan 4, RPN Rimba, Haji Julkepli bin Haji Ibrahim.

    Majlis perasmian pada sebelah petang di kediaman Ketua Kampung Rimba Kawasan 1, Awang Puspa Wira bin Haji Mohd Noor dan Ketua Kampung Tasek Meradun dan Bunut, Awang Ahmad Hussaini bin Haji Mohsin.

    Awang Misle semasa merasmikan papan tanda Ketua Kampung RPN Tanah Jambu, Pengiran Mazrawi kelmarin. – Gambar serahan Jabatan Daerah Brunei dan Muara
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...