Sunday, May 5, 2024
29.6 C
Brunei

    -

    Aril Pilus selesa jadi YouTuber

    Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus, yang pernah diserang kegelisahan sewaktu program CCTV yang membawa kepada dirinya dihentikan tanpa sebab-sebab tertentu di Astro, kini bangkit menjadi pencipta kandungan media sosial.

    Berganding bahu bersama Alif Farhan dan Ain Edruce, Aril telah mengusahakan saluran YouTube mereka sendiri iaitu GilerGang.

    Memulakan saluran YouTube mereka pada 29 Mei lalu dengan menampilkan wawancara bersama usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri sebagai kandungan pertama, siapa sangka mere- ka kini telah berjaya meraih 320,000 jumlah langganan penonton di platform media sosial tersebut.

    Antara kandungan lain yang turut menarik perhatian adalah wawancara bersama Khai Bahar, Nuha Bahrin, Zizan Razak dan Izzue Islam.

    Menurut Aril, dia sama sekali tidak menyangka bahawa saluran GilerGang mereka itu akan menerima maklum balas yang cukup baik daripada penonton.

    Menurut Aril, dia sama sekali tidak menyangka bahawa saluran GilerGang mereka itu akan menerima maklum balas yang cukup baik daripada penonton. – Agensi

    “Bukan setakat itu sahaja, kami juga sudah mula mendapat banyak tawaran berbayar untuk menghadiri pelbagai acara.

    “Bahkan, ada juga yang menggunakan khidmat kami untuk membuat produk rebiu serta menjayakan sesebuah kempen.

    “Mungkin orang suka dengan cara kami yang santai dan bersahaja apabila mengendalikan program ini.

    “Tapi, saya akui saya sendiri seronok bila membuat kandungan-kandungan ini,” katanya.

    Jelas Aril lagi, dia dan Alif turut melakukan sendiri suntingan video mereka.

    Biarpun sudah beralih menjadi YouTuber, namun Aril mengakui, dia masih belum berhenti daripada melakukan kerja-kerja nyanyian, lakonan mahu pun pengacaraan.

    Dalam perkembangan lain, Aril baru sahaja selesai menjayakan program showcase muzik secara virtual yang dinamakan Salam Dari Maya 2.0.

    “Walaupun program ini hanya untuk tayangan secara maya, namun saya tetap seronok kerana dapat bekerjasama dengan ramai artis-artis 80an dan 90an yang terlibat di dalam program ini.

    “Sebahagiannya, saya membesar dengan lagu-lagu mereka. Jadi, ia bukan suatu tugas yang sukar untuk saya mengendalikan program ini,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...