Sunday, May 19, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Julia kini menuju Nicaragua

    ANKARA, 9 OKT – Ribut Tropika Julia pada Sabtu dilaporkan bertukar menjadi hurikan ketika melewati kepulauan Colombia dan menuju ke Nicaragua, lapor Agensi Anadolu.

    “Banjir kilat dan banjir lumpur yang mengancam nyawa mungkin berlaku akibat hujan lebat melanda Amerika Tengah dan Selatan Mexico hingga awal minggu depan,” menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS).

    Julia membawa angin kencang dengan kelajuan maksimum 120 km/j manakala pihak berkuasa memberi amaran taufan tersebut kini menuju ke arah barat dengan kelajuan 28 km/j dan dijangka mendarat di Nicaragua.

    “Kami kini berada dalam keadaan berjaga-jaga. Taufan berkemungkinan mendarat di San Andres antara 7 dan 9 malam.

    “Seluruh hotel mesti menyediakan ruang kemudahan untuk penduduk yang terdedah mendapat perlindungan,” kata Presiden Colombia Gustavo Petro menerusi halaman Twitter. 

    Hurikan Iota sebelum ini pernah melanda kawasan itu pada November 2020 dan merosakkan 98 peratus infrastruktur di Pulau Providencia.

    Julia dijangka melanda Nicaragua awal Ahad dan mengancam 800,000 penduduk manakala amaran kuning telah dikeluarkan di Colombia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...