Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Asia giat perangi varian COVID tinggi kadar jangkitan

    SINGAPURA, 18 JULAI – Kerajaan di seluruh Asia mula menggandakan usaha melindungi penduduknya daripada jangkitan wabak COVID yang menyaksikan peningkatan kes sejak beberapa hari kebelakangan ini.

    Negara-negara yang mencatatkan jumlah jangkitan tinggi antaranya ialah Korea Selatan yang meningkat dua kali ganda jangkitannya, sebahagian besarnya berpunca daripada subvarian BA.5 Omicron, sejak beberapa hari kebelakangan ini susulan imuniti berkurangan dalam kalangan penduduknya.

    Data Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea menunjukkan jangkitan harian COVID sepanjang 24 jam terkini ialah 40,342 kes.

    Pakar kesihatan menjangkakan jangkitan akan terus meningkat lebih tinggi berbanding ramalan kerajaan, memandangkan kadar penularan pantas semasa.

    Malahan, penemuan subvarian terbaharu Omicron, BA.2.75 dikenali sebagai ‘centaurus’ turut membawa ancaman kepada negara itu. Sehubungan itu, Korea Selatan akan melaksanakan suntikan penggalak kepada orang dewasa berumur 50 tahun ke atas bagi menghindari kes teruk dan kematian.

    Manakala di Jepun, berdasarkan pengiraan agensi berita Yomiuri Shimbun, merekodkan jumlah jangkitan mencecah paras tertinggi, lebih daripada 108,000 kes pada Sabtu lalu, melepasi rekod tertinggi sebelumnya iaitu 104,202 kes pada 5 Februari.

    India pula merekodkan 20,528 kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu, tertinggi sejak 20 Februari, menurut data yang dikumpulkan dan dilaporkan semalam.

    Kementerian kesihatan negara itu me-rekodkan jumlah penduduk dijangkiti COVID ialah seramai 527,709 jangkitan dan 49 kematian semalam.

    Walau bagaimanapun, India melakar kejayaan vaksinasi apabila melaporkan dua bilion dos vaksin diberikan, dengan suntikan penggalak sedang dilaksanakan untuk semua orang dewasa. -ANN/The Straits Times

    Seorang lelaki disuntik dengan vaksin Covishield di India dalam kempen dos penggalak khas bagi orang ramai berusia 18 hingga 59 tahun di sebuah stesen bas kerajaan di Hyderabad, India ketika negara itu mencatat peningkatan jangkitan dan pemberian dos vaksin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...