Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sakit tekak? Awda mungkin kena jangkitan COVID

    LONDON, 18 JULAI – Sakit tekak adalah simptom paling lazim sekarang jika seseorang dijangkiti COVID, diikuti sakit kepala dan hidung tersumbat, menurut satu kajian.

    Simptom-simptom pandemik awal, seperti demam dan hilang deria bau dan rasa kini merupakan yang paling sikit dilaporkan daripada simptom COVID, menurut laporan kajian itu.

    Zoe COVID-19 Study dari Britain juga menyenaraikan batuk, suara serak, bersin, lelah dan sakit otot sebagai simptom lazim sekarang.

    Pengasas saintifik bersama dan ketua saintis Zoe COVID-19 Study, Profesor Tim Spector mengatakan virus itu masih lagi berleluasa dalam kalangan penduduk.

    “Maka jika awda mengalami sebarang simptom seperti demam pada masa ini, ia kemungkinan besar adalah COVID berbanding hanya demam biasa.

    “Ini kerana pelbagai varian COVID-19 wujud bersama, seperti varian Omicron BA.2, BA.4 dan BA.5. Malah orang yang pernah dijangkiti atau mendapat vaksinasi penuh boleh dijangkiti semula,” tambahnya.

    Dr David Nabarro yang merupakan perwakilan khas WHO mengenai virus itu, pernah mengatakan ia sering berevolusi dan menjadi ‘makin pintar.’

    “Ia boleh menembusi pertahanan imun kita dan disebabkan itulah, jumlah jangkitan semakin meningkat,” tambah Nabarro dalam satu temu bual dengan Sky News. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...