Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Azhan Rani kagum dengan sikap Sharifah Sakinah

    Pelakon Azhan Rani memuji kredibiliti dan sikap profesional aktres Sharifah Sakinah yang dianggap sebagai heroin paling mudah memberi kerjasama.

    Azhan, 48, turut meluahkan rasa kagum terhadap Sakinah yang berjaya memberi penghayatan ketika membawa watak berat dalam drama arahan Eyra Rahman berjudul Wok.

    Azhan juga kata Sakinah tidak pernah merungut walaupun berdepan banyak cabaran dalam menjayakan watak seorang wanita malang dan penuh dugaan.

    “Aku jarang nak puji orang tapi dia buat aku hormat sungguh cara dia bekerja. Seberat mana pun watak, dia bawa untuk mudahkan kerja orang lain. Tak payah berlagak diva walaupun heroin.

    “Sekalipun tak pernah dengar dia merungut walau badan sakit, tangan calar-balar. Apa lagi mempertikaikan kerja pengarah. Dia buat tanpa banyak songeh. Senang kerja dengan dia,” katanya.

    Azhan menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Selasa.

    Bercakap lanjut Azhan juga menyifatkan Sakinah sebagai seorang yang cukup berdisiplin selain menepati waktu penggambaran. Malah komitmen Sakinah juga dibuktikan apabila dia mula datang ke lokasi dalam keadaan bersiap sebagai karakter Wok dalam drama berkenaan.

    “Bagilah call time pukul berapa pun dia akan tiba di set. Tidak semak dalam group WhatsApp beritahu lambat. Tak toksik huru-harakan orang lain dalam team kerja. Hari pertama jumpa di set aku tak kenal dia. Dia datang dalam karakter dengan rambut selekeh, tiada make-up cantik, baju lusuh ikut watak yang dibawa,” ujarnya. – Agensi

    Azhan dan Sakinah bergandingan dalam drama Wok. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda