Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Bahagian Perubatan Respiratori dipindahkan sementara

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa Bahagian Perubatan Respiratori telah dipindahkan sementara ke Pusat Jantung iaitu berhadapan dengan Koperasi BKSS, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bermula kelmarin.

    Untuk sebarang perjumpaan di klinik berkenaan, pendaftaran hendaklah dibuat terlebih dahulu di Kaunter Pendaftaran, Bahagian Pesakit Luar Hospital RIPAS.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan akhbarnya memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang timbul. Kefahaman, kerjasama dan kesabaran orang ramai ke arah itu adalah sangat-sangat dihargai.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...