Sunday, May 19, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Pantau aktiviti anak-anak di taman permainan

    Semasa cuti persekolahan yang lalu, saya berkesempatan meluangkan hujung minggu bersama keluarga.

    Disebabkan pada masa itu hujan kerap turun dengan lebat pada waktu petang, maka kami mengambil keputusan untuk bermain di sebuah taman permainan indoor di ibu negara.

    Lagipun, itu merupakan kali pertama kami mengunjungi tempat tersebut, yang pada pemerhatian saya, baru sahaja dibuka.

    Saya gembira melihat anak-anak saya bersuka ria di tempat tersebut. Namun, mujur saya sering berada berdekatan dengan anak damit saya yang baru berusia dua tahun.

    Ini kerana anak saya hampir-hampir terjatuh apabila melalui satu titi di platform tingkat atas. Apabila saya perhatikan betul-betul, terdapat design flaw ke atas taman permainan tersebut. Walaupun di sebelah kiri dan kanan titi itu dipasang dengan jaring, namun terdapat lubang yang cukup besar untuk anak damit melaluinya.

    Saya segera memberitahu pekerja mengenai hal itu kerana bimbang terjadi sebarang perkara yang tidak diingini kepada anak orang lain. Diharapkan pihak taman permainan tersebut sudah mengambil tindakan yang sewajarnya.

    Babah risau

    Pastikan anak-anak damit sentiasa dipantau.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...