Sunday, May 5, 2024
29.6 C
Brunei

    -

    Menteri Pendidikan terima kunjungan hormat

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden dan Setiausaha Jabatan Pendidikan Republik Filipina, Puan Yang Terutama Sara Zimmerman Duterte-Carpio sebagai Presiden Majlis Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) di sebuah hotel di Gadong, hari ini.

    Turut hadir semasa kunjungan berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Marian Jocelyn R Tirol-Ignacio; Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dr Haji Azman bin Ahmad; Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin; Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dr Chin Wei Keh dan Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.

    Semasa kunjungan hormat itu, kedua-dua belah pihak telah mengadakan perbincangan untuk mengukuhkan

    dan memperluaskan kerjasama dalam bidang pendidikan di tahap pendidikan teras khasnya dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Pendidikan Asas yang antara
    lain menyentuh mengenai jalinan hubungan antara institusi dan sekolah kedua-dua buah negara dan latihan, pembangunan profesional guru serta berhasrat menjalinkan kerjasama dalam pendidikan awal kanak-kanak.

    Kedua-dua belah pihak juga akan bekerjasama secara berterusan dengan pihak
    SEAMEO khususnya melalui program dan aktiviti yang ditawarkan di Pusat Serantau
    SEAMEO VOCTECH.

    PYT Sara Zimmerman Duterte-Carpio dan delegasi mengadakan lawatan kerja ke negara ini selama tiga hari bermula 11 Jun lalu di mana Negara Brunei Darussalam adalah negara anggota pertama yang beliau kunjungi sebagai Presiden Majlis SEAMEO (SEAMEC).

    ATAS: Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah (kanan) menerima kunjung hormat daripada PYT Sara Zimmerman Duterte-Carpio (kiri).
    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah dan PYT Sara Zimmerman Duterte-Carpio bergambar ramai selepas kunjungan hormat, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...