Saturday, May 4, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Baiduri terus komited standard keselamatan data

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Buat sembilan tahun berturut-turut, Bank Baiduri menunjukkan komitmennya terhadap standard keselamatan data tertinggi apabila ia diperakui semula bagi Standard Keselamatan Data Industri Kad Bayaran (PCI-DSS) V3.2.1.

    Bank Baiduri dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, menjelaskan bahawa pensijilan PCI-DSS adalah piawaian industri untuk menjamin penggunaan kad kredit.

    Ia dibangunkan oleh Majlis Piawaian Keselamatan Industri Kad Bayaran, sebuah forum global yang menghimpunkan pihak berkepentingan industri pembayaran termasuk Mastercard, Visa, American Express, Discover dan JCB untuk membangun serta memacu penggunaan piawaian keselamatan data dan sumber untuk pembayaran yang selamat di seluruh dunia.

    Standard PCI-DSS meliputi beberapa aspek yang berkaitan dengan melindungi kerahsiaan pelanggan dan data seperti pengendalian data oleh sistem bank, mengawal kecurian data serta penggodaman berasaskan Internet.

    ControlCase, sebagai penilai keselamatan berkelayakan (QSA) dan pembekal global bagi penyelesaian pematuhan, keselamatan maklumat dan pengurusan risiko, telah menilai dan memperakui Bank Baiduri mematuhi PCI-DSS V3.2.1 pada 4 Oktober 2022.

    Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui dipetik berkata, Bank Baiduri sentiasa mengutamakan pelaburan dalam keselamatan dan perlindungan data untuk memastikan data pelanggan selamat.

    “Mengikuti piawaian keselamatan data industri tertinggi seperti PCI-DSS ialah salah satu daripada langkah sedemikian. Kami telah diperakui mematuhi PCI-DSS sejak 2014, dan sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan, akan terus memastikan keperluan diterapkan sepenuhnya ke dalam sistem dan proses bank,” tambahnya.

    PCI-DSS digunakan oleh semua jenama kad utama sebagai standard keselamatan am untuk program pematuhan mereka.

    Bank Baiduri telah dinilai dan diperakui mematuhi PCI-DSS V3.2.1. – Gambar serahan Bank Baiduri
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...