Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baik, buruk kontroversi – Nana

    Kontroversi dan kisah sensasi mampu memberikan publisiti, lantas melonjakkan nama seseorang dalam industri seni.

    Bagaimanapun, tidak semua kontroversi memberikan impak positif kerana masyarakat kini lebih bijak dalam menilai.

    Namun, sudah lumrah dunia seni, tiada selebriti yang boleh lari daripada kontroversi.

    Pelakon dan penyanyi, Siti Nordiana atau Nana, 39, tidak pernah menyangka kontroversi menyebabkan namanya menjadi sensasi hingga dicalonkan dalam kategori Artis Sensasi Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36.

    “Ini kali pertama dicalonkan dalam kategori ini dan terpulang kepada orang ramai untuk mengiyakan bahawa saya adalah artis sensasi atau tidak.

    “Namun, saya harap pencalonan kategori ini memberikan saya lebih kebaikan kerana saya percaya apa yang berlaku juga ada kebaikannya.

    “Malah, saya bersyukur apabila nama saya masih tercalon dalam tiga kategori. Alhamdulillah, masih ada tempat saya di situ.

    Namun, selebihnya saya serah pada kelab peminat untuk mengundi,” katanya kepada BH Online.

    Selain kategori Artis Sensasi Popular, Nana turut tersenarai dalam kategori Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular bersama Saujana dan Lagu Paling Boom menerusi lagu Arah Cinta.

    Terdahulu, Nama Nana hangat diperkatakan susulan kontroversi lima sekawan bersama sahabatnya, penyanyi Lan Solo dan Syura Badron.

    Kemelut berlaku pada Julai 2021 sehingga mengheret rakan seperjuangannya itu ke muka pengadilan, namun berakhir dengan penyelesaian secara baik pada penghujung tahun lalu.

    Akhirnya, Nana bersetuju menyelesaikan secara baik kes saman fitnah sebanyak RM2.5 juta yang difailkan terhadap lima rakannya.
    Nana berkata, dia menyifatkan sebagai pengajaran dan bonus apabila namanya tersenarai dalam kategori Artis Sensasi Popular. – Agensi

    Nana harap pencalonan kategori Artis Sensasi Popular berikan lebih kebaikan kerana percaya apa yang berlaku juga ada kebaikannya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda