Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bank Baiduri anjur Majlis Pengiktirafan Pensijilan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Bagi meraikan dan mengiktiraf golongan pekerja yang telah berjaya menamatkan pensijilan profesional bersama Bank Baiduri, satu acara Majlis Pengiktirafan Pensijilan telah diadakan di Ruang Komuniti Baiduri, yang terletak di Ibu Pejabat Bank Baiduri, petang kelmarin.

    Acara pada tahun ini memberi penghormatan kepada pensijilan yang diperoleh dari 2021 hingga sekarang, menonjolkan komitmen Bank Baiduri untuk memupuk persekitaran di mana pekerja boleh mengembangkan kemahiran mereka dan berkembang maju.

    Seramai 35 pekerja telah diiktiraf pada acara tersebut kerana memperoleh pensijilan merentasi pelbagai peranan, daripada jawatan rendah hingga ke peringkat penolong pengurus.

    Pensijilan itu meliputi bidang kritikal seperti kewangan, pematuhan, tadbir urus dan teknologi maklumat.

    Antara pensijilan berprestij yang diiktiraf adalah daripada institusi terkenal di peringkat global, termasuk Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), CFA Institute, International Compliance Association (ICA), Information Technology Infrastructure Library (ITIL), dan Moody’s Analytics.

    Dalam ucapan perasmian, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui menyatakan rasa bangganya dengan pencapaian pekerja, di mana dedikasi dan kerja keras ahli pasukan adalah tunjang kejayaan bank tersebut.

    “Dengan melabur dalam pertumbuhan golongan profesional pekerja, kami bukan sahaja meningkatkan keupayaan individu mereka tetapi juga meningkatkan standard perkhidmatan yang kami sediakan kepada pelanggan kami,” ujarnya.

    Selaras dengan komitmennya terhadap pembangunan pekerja, Kumpulan Sumber-sumber Manusia Bank Baiduri, baru-baru ini telah memperkenalkan Rangka Kerja Pensijilan Profesional Pekerja.

    Rangka kerja itu direka bentuk untuk membantu kedua-dua pemimpin dan pekerja memahami kerumitan dan nilai profesional pensijilan, yang dikategorikan kepada peringkat dan ditanda aras mengikut piawaian antarabangsa.

    Ti Eng Hui bergambar ramai bersama para pekerja yang telah menerima sijil masing-masing pada acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda