Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bapa Zamarul Hisham meninggal dunia

    Bapa kepada pelakon Zamarul Hisham iaitu Mohamed Mohamed Zain meninggal dunia semalam.

    Zamarul, 51, memaklumkan berita duka itu menerusi Instagram miliknya dan difahamkan Allahyarham meninggal dunia kerana jatuh di dalam bilik air.

    Pelakon itu turut meluahkan kesedihan kerana hilang teman bicara untuk menjadi tempat mengadu.

    “Innalillahhiwainnailaihirojiun. Tiada lagi teman bicara, teman untuk berkongsi rasa, pendengar setia.

    “Bak (panggilan bapa) baru dua hari lepas Sham (panggilan Zamarul) balik kita berbual panjang, ketawa ceria tetapi hari ini bak pergi tinggalkan kami semua.

    “Al fatihah buat bak. Semoga bak tenang di sana. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

    Dalam pada itu, isteri Zamarul, Diana Rafar menerusi Instastory miliknya turut berkongsi bahawa Allahyarham disolatkan di Masjid AlUmm, Bangi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi (Sg Tangkas), Kajang, Selangor. – Agensi

    Zamarul bersama Allahyarham bapanya yang dianggap teman bicara paling terbaik. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda