Tuesday, May 21, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Bekalan tambahan diesel ke Sarawak dalam tempoh dua hari

    KUCHING, 27 DIS – Petronas Dagangan Berhad sedang melaksanakan penghantaran bekalan tambahan diesel ke Sarawak dalam tempoh dua hari ini susulan terputusnya bekalan bahan api itu di stesen milik Petronas di negeri ini.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata Petronas juga disyaratkan untuk mengemukakan senarai stesen-stesen minyak yang terlibat dengan penghantaran bekalan tambahan itu.

    “(Ini) untuk membolehkan pemantauan dibuat secara menyeluruh,” katanya dalam mesej WhatsApp yang diterima Bernama di sini, hari ini. 

    Dalam kita menyelesaikan isu ini segera untuk menangani keperluan pengguna di kawasan-kawasan terjejas, Petronas dan syarikat minyak terlibat telah diminta mengemukakan laporan penuh dan dokumen terperinci punca isu berbangkit,” katanya.

    Menurutnya, kaedah penyelesaian itu dicapai hasil perbincangan antara pihak kementeriannya dengan Kementerian Kewangan dan Petronas.

    Kekurangan bekalan diesel bersubsidi di Sarawak dibangkitkan oleh Pengerusi DAP negeri itu, Chong Chieng Jen pada Isnin lepas yang berkata situasi itu sudah
    berlaku sejak dua minggu lepas.

    Katanya kegiatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menggunakan diesel bersubsidi untuk tujuan industri telah menyebabkan kuota untuk kegunaan orang ramai di negeri itu tidak mencukupi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...