Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Belia PPB tamat kursus gunting rambut

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Pusat Pembangunan Belia (PPB) terus mengorak langkah dalam meningkatkan lagi usaha ke arah melahirkan belia yang berkemahiran, berdaya saing serta mempunyai ciri positif yang lain demi pembangunan sosioekonomi yang selaras dengan dasar belia negara dan Wawasan Brunei 2035.

    Ke arah itu, dua orang belia telah berjaya menamatkan Kursus Street Art Haircut (Tukang Gunting Lelaki) Kohort ke-4 dan menerima sijil dalam majlis yang berlangsung di PPB, baru-baru ini.

    Kedua-dua orang belia berkenaan telah berjaya menamatkan kursus yang dijalankan bermula November 2023 dan berakhir pada Februari 2024 di mana sijil-sijil telah disampaikan oleh Pemangku Pengarah Bahagian Pembangunan Belia dan Sukan, Awang Haswandi bin Haji Osman.

    Perlaksanaan kursus itu bertujuan untuk memberikan tahap kemahiran, pengetahuan dan kefahaman kepada belia yang berminat dalam bidang tukang gunting rambut khasnya bagi lelaki dan untuk membuka peluang-peluang baharu sama ada dalam bidang ini mahupun kepada kemahiran diri peserta.

    Empat sesi pengambilan telah dilaksanakan bermula dari 2020 dan seramai 11 orang peserta telah berjaya menamatkan kursus serta memperoleh pekerjaan.

    Program Komuniti Kursus Street Art Haircut Sesi ke-4 telah dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang gunting rambut dan dandan rambut iaitu Awang Abdul Wafi Syazwan bin Supri.

    Pada program sesi ke-44 itu, para pelatih telah menjalani Program Penempatan Kerja selama sebulan di Syarikat Street82 Enterprise dan Unorthodox Barber Studio di mana atas komitmen yang ditunjukkan oleh mereka, kedua-dua belia berkenaan telah diambil bekerja di syarikat-syarikat berkenaan.

    Awang Haswandi bergambar ramai bersama dua peserta belia, tenaga pengajar serta pegawai-pegawai dari PBB. – GAMBAR SERAHAN PPB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...