Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bella Astillah jaga batas dengan aktor lelaki

    Sudah tiga kali bergandingan bersama Ezaidi Aziz, aktres Bella Astillah berkata dia meletakkan batas ketika di set penggambaran agar tidak wujud perasaan di antara pelakon.

    Menurut Bella atau Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, dia berbuat demikian kerana tidak menafikan ikatan hubungan antara pelakon menjadi lebih akrab sekiranya mereka bekerjasama dalam jangka masa panjang.

    “Saya rasa apabila menjadi seorang pelakon, perasaan hormat itu paling penting kerana apabila berada di set penggambaran perlu ada batas terutamanya antara perempuan dan lelaki. Sewaktu menjalani penggambaran drama ini, saya rasa seperti sudah kerap kali berlakon dengan Ezaidi dan kami sudah mula berkomunikasi seperti rakan dengan membahasakan diri ‘kau aku’. Saya tidak nafikan semakin lama di set penggambaran wujud bonding (ikatan) di antara kami. Jadi macam mana nak elakkan wujud perasaan, kita mulakan dengan panggilan,” katanya kepada mStar.

    Menerusi drama Satu Hari Nanti, Bella bakal bergandingan bersama Ezaidi yang memegang watak sebagai pelakon utama. Kata Bella, dia tidak mempunyai masalah untuk berlakon bersama memandangkan mereka sudah rapat seperti sebuah keluarga.

    Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media yang diadakan di The Curve, Mutiara Damansara kelmarin.

    Tambahnya lagi, mereka menjalinkan hubungan profesional sebagai rakan artis dan tidak pernah berhubung selepas habis waktu bekerja.

    “Saya dan Ezaidi sudah saling mengenali, kami tidak mempunyai masalah untuk berlakon sama. Apa-apa sahaja keperluan biar dibincang di tempat bekerja (lokasi penggambaran) sahaja. Di luar, kalau nak keluar berjalan-jalan bersama memang tidak pernah. Alhamdulillah. Kita hanya manusia biasa, jadi kita sendiri yang perlu kawal perasaan itu. Selagi boleh kawal, kita kawal,” ujarnya. – Agensi

    Bella menjaga batas dengan pelakon lelaki di set penggambaran drama.- mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda