Tuesday, September 17, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang ini berkenan menerima mengadap Menteri Luar Negeri Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan di Istana Nurul Iman.

    Semasa majlis mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan TYT Menteri Luar Negeri Malaysia telah berbincang mengenai langkah-langkah bagi mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala di antara kedua-dua buah negara dalam bidang-bidang yang memberi manfaat bersama.

    Menyertai TYT Menteri Luar Negeri Malaysia ialah Ketua Setiausaha, Dato’ Sri Amran Mohamed Zin; dan Kuasa usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam, Nur Ezira binti Mahadi.

    Juga hadir semasa majlis mengadap tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof.

    TYT Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Malaysia berada di Negara Brunei Darussalam bagi menghadiri Mesyuarat kali ke-25 Pelaksanaan Exchange of Letters (EOL), iaitu satu perjanjian yang ditandatangani oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2009.

    Mesyuarat tersebut, antara lainnya, akan membincangkan kemajuan dalam melaksanakan EOL berkenaan.

    Tahun ini turut merupakan satu pencapaian utama bagi kedua-dua buah negara yang memperingati ulang tahun ke-40 penubuhan hubungan diplomatik.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah berkenan menerima mengadap TYT Dato’ Seri Utama Haji Mohamad, di Istana Nurul Iman, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda