Tuesday, May 21, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    ‘Biar suara sumbang asalkan kacak’

    Sering kali menerima pujian, kali ini pelakon dan penyanyi Indonesia, Iqbaal Ramadhan, dikritik warganet ketika membuat persembahan menyanyikan lagu Justin Bieber.

    Menerusi perkongsian video tular di aplikasi TikTok, Iqbaal atau Iqbaal Dhiafakhri Ramadhan, 24, dilihat menggayakan t-shirt berwarna putih bersama selendang bermotif negara Palestin dengan semangat mengajak peminatnya untuk menyanyi bersama lagu berjudul Baby.

    Pelakon filem Dilan itu beraksi lincah di atas pentas, namun persembahan tersebut mengundang kecaman warganet yang menyifatkan nyanyiannya kurang memuaskan.
    Memetik laporan mStar, nyanyian Iqbaal mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

    Rata-rata warganet meninggalkan komen mengatakan suara penyanyi berkenaan tidak sebaik rupa paras menawan yang dimilikinya.

    “Inilah yang dikatakan orang, yang penting wajahnya tampan.

    Nyanyian Iqbaal dikecam warganet. – wowkaren.com

    “Wajah kacak yang dimiliki dapat menutup segala kelemahan nyanyiannya.

    “Tidak mengapa Iqbaal (suara sumbang), yang penting kacak,” tulis warganet.

    Untuk rekod, sebelum dikenali sebagai pelakon, Iqbaal merupakan vokalis kumpulan Coboy Junior atau lebih dikenali sebagai CJR.

    Namun selepas membuat kepulangan dengan nama baharu iaitu TBA, Iqbaal tidak lagi menjadi ahli kumpulan tersebut tetapi masih dilihat membuat persembahan bersama di pelbagai acara. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...