Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    BMW lancar generasi ketujuh

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – BMW Asia dengan kerjasama QAF Auto Sdn Bhd baru-baru ini telah melancarkan BMW generasi ketujuh untuk pasaran Negara Brunei Darussalam, pada majlis yang berlangsung di Bilik Peribadi, Bilik Pameran QAF Auto, Perindustrian Beribi II.

    Majlis pelancaran dihadiri oleh Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo dan turut hadir bagi sama-sama menyempurnakan pelancaran ialah Pengurus Kawasan BMW Asia Singapura, Jessica Carret.

    Terdahulu, penerangan mengenai BMW 7 Series serba baharu telah disampaikan oleh Pengurus Kelas Mewah BMW dari BMW Asia Singapura, Gopinath Uthirapathi.

    Menurut beliau, BMW 7 Series menampilkan ciri-ciri inovasi baharu yang memberikan keselesaan semasa perjalanan lebih jauh di samping sistem pengendalian pintar.

    Selain itu, ia mengetengahkan reka bentuk keseluruhan luar biasa bersepadu dengan kedinamikan BMW untuk semua variasi sistem pemanduan.

    Model baharu berkenaan memiliki struktur pasaran khusus, dengan dilengkapi enjin petrol enam silinder, Teknologi BMW TwinPower Turbo: Turbocharger, High Precision Injection, Valvetronic dan banyak lagi dengan kapasiti 2,998cc.

    Antara ciri-ciri yang membuatkan model 7 Series lebih unik adalah kehadiran Theater Screen bersaiz 31.3 inci paparan 8K yang dipasang pada bahagian siling, membolehkan ruang belakang berubah menjadi pawagam peribadi.

    Orang ramai dan peminat kereta BMW yang ingin mengetahui lebih lanjut bolehlah mengunjungi bilik pameran QAF Auto.

    Alisa Khoo dan Jessica Carret bergambar ramai setelah merasmikan kereta BMW 7 Series serba baharu.
    Alisa Khoo dan Jessica Carret bergambar bersama kereta BMW 7 Series yang baharu.
    Gopinath menerangkan tentang sistem keselamatan dan teknologi terkini yang digunakan BMW 7 Series baharu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...