Saturday, May 4, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Buah markisah boleh bunuh telur lalat

    BEIJING, 4 MEI – Para saintis China baru-baru ini mendapati bahawa buah markisah boleh membunuh secara langsung telur lalat buah, menyediakan kaedah baharu untuk mengawal perosak itu, menurut laporan Science and Technology Daily yang diterbitkan hari ini.

    Lalat buah adalah spesies perosak utama yang mengurangkan hasil buah-buahan komersial, sayur-sayuran dan kacang. Buah markisah, berasal dari Amerika Selatan, telah diperkenalkan ke selatan China pada tahun 2012 untuk penanaman komersial berskala besar.

    Para saintis memerhatikan bahawa buah markisah menarik lalat buah asli untuk bertelur di dalam buah, tetapi kebanyakan telur tidak menetas.

    Menurut Wu Weijian di South China Agricultural University, penyelidik utama kajian, apabila lalat buah menembusi lapisan tengah dinding buah untuk bertelur, ia menyebabkan tisu tumbuhan rosak dan membebaskan hidrogen sianida, yang membunuh kebanyakan daripada telur. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...