Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Peluang jalin silaturahim

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan Armada Properties Sdn Bhd.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MEI – Bulan Syawal hampir memasuki minggu ketiga, namun kemeriahan Hari Raya Aidilfitri di negara ini tetap terasa dengan majlis-majlis sambutan dan rumah terbuka yang diadakan oleh pelbagai pihak.

    Armada Properties (Armada) turut tidak melepaskan peluang menganjurkan sambutan Hari Raya di Royal Berkshire Hall, Jerudong Park Polo Club, kelmarin yang menyaksikan lebih 500 tetamu, terdiri daripada ahli-ahli lembaga pengarah, kakitangan, rakan niaga dan penyewa Armada.

    Perayaan tahunan itu memberi peluang kepada syarikat untuk menyatakan rasa terima kasih kepada para penyewa, rakan kongsi perniagaan dan pihak berkepentingan atas sokongan berterusan dan selaras dengan nilai Armada bagi membina hubungan yang lebih rapat dengan komuniti.

    Acara berkenaan diharap dapat mewujudkan suasana setiakawan, di mana tetamu boleh menikmati perayaan sambil menjalin hubungan baharu dan berkekalan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Armada, Desmond Lim yang melahirkan rasa gembira dengan sambutan itu, turut menyatakan bahawa Armada merupakan rumah kepada komuniti berbilang budaya dari lebih 40 negara itu, bersyukur kerana dapat berkongsi pengalaman dengan mereka.

    “Ini sekali gus dapat memberi mereka gambaran tentang budaya dan tradisi tempatan,” jelasnya.

    Tetamu yang hadir di acara itu dihidangkan dengan pelbagai hidangan dan masakan tradisional Hari Raya.

    ATAS & BAWAH: Antara yang hadir semasa sambutan Hari Raya Armada Properties Sdn Bhd di Royal Berkshire Hall, Jerudong Park Polo Club.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...