Saturday, May 18, 2024
31.2 C
Brunei

    -

    Google rancang buka dua lagi pusat data di Ohio

    COLUMBUS, OHIO, 4 MEI — Google merancang untuk membina dua lagi pusat data di Ohio untuk membantu menguasakan teknologi kecerdasan buatannya dan alatan lain, syarikat dan pegawai negeri mengumumkan hari ini.

    Dengan satu pusat data sudah siap dibina dan beroperasi berhampiran Columbus, dua lokasi baharu itu akan menjadikan jumlah pelaburan Google di Ohio kepada lebih AS$2 bilion, kata pegawai.

    Ohio menjangkakan gelombang pelaburan besar oleh industri teknologi.

    Intel sedang membina kilang semikonduktor bernilai AS$20 bilion di sebelah timur Columbus, dan Honda serta LG Energy Solution dari Korea Selatan sedang membina loji bateri bernilai AS$3.5 bilion antara Columbus dan Cincinnati yang dibayangkan oleh pembuat kereta itu sebagai hab kenderaan elektrik Amerika Utaranya.

    Kawasan sekitar Columbus juga merupakan rumah kepada pusat data yang dikendalikan oleh Facebook dan Amazon.

    Dua pusat data Google baharu akan dibina di Columbus dan Lancaster.

    “Ohio ialah hab teknologi dan pasaran pusat data yang semakin berkembang, dan kami mengalu-alukan dua projek Google baharu ini di Columbus dan Lancaster untuk melengkapkan projek yang sudah ada di New Albany,” kata Gabenor Ohio, Mike DeWine dalam satu kenyataan. – AP

    Mike DeWine semasa menyampaikan ucapannya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...