Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bunuh warga M’sia: Lelaki tempatan dihadapkan ke mahkamah

    Oleh Nour Maghfirah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Majistret Kanan Azrimah binti Abdul Rahman pada Sabtu lalu menghadapkan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun, Abdul Malik Fazil bin Mohamed, ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan atas pertuduhan membunuh.

    Mahkamah dalam menyampaikan keputusan siasatan awal mendapati Timbalan Pendakwa raya Nurul Fitri binti Kiprawi dan Pendakwa raya Abdul Mussawir bin Haji Mahli telah mengemukakan bukti yang mencukupi untuk menyerahkan Abdul Malik Fazil ke Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan membunuh.

    Pertuduhan mendakwa defendan membunuh warga Malaysia, Aaron Tan Teck Guan antara 18 dan 20 Julai 2021. Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Bab 22 itu membawa hukuman mati.

    Kes itu akan diserah ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

    Defendan telah ditangkap pada 29 Julai 2021. Dia didakwa membunuh pada 31 Julai pada tahun yang sama.

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda