Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Celtics benam Mavericks dalam perlawanan pertama NBA Finals

    NEW YORK, 7 JUN – Kristaps Porzingis memukau penonton selepas pulih daripada kecederaan dan Boston Celtics mendominasi keseluruhan gelanggang untuk menewaskan Dallas Mavericks 107-89 dalam perlawanan pertama NBA Finals kelmarin.

    Porzingis terlepas 10 perlawanan selepas mengalami kecederaan betis kanannya pada pusingan pertama perlawanan playoff tetapi dia memberikan impak segera setelah kembali di hadapan penonton yang bersemangat.

    Celtics mencatat kelebihan 29 mata pada separuh masa pertama dan kemudian menghalang usaha Mavericks pada suku ketiga untuk mendapatkan kelebihan dalam siri kejuaraan best-of-seven ini.

    Porzingis masuk sebagai pemain gantian ketika menentang bekas pasukannya dan menjaringkan 11 mata dengan tiga rebound dan dua block pada suku pertama ketika Boston mendahului 37-20.

    Selepas lapan pertukaran pendahuluan dalam masa lebih enam minit, Celtics mula menguasai perlawanan dengan bantuan tujuh jaringan tiga mata pada suku pertama sahaja dan terus mengekalkan rentak tanpa henti ketika Mavericks bergelut untuk melancarkan serangan mereka.

    Boston menamatkan perlawanan dengan 16 jaringan tiga mata daripada 42 percubaan.

    Jaylen Brown menjaringkan 22 mata untuk memimpin enam pemain Celtics yang mencatatkan jaringan dua angka.

    Brown turut mencatatkan tiga daripada sembilan block untuk Celtics dan tiga daripada enam steal dalam persembahan pertahanan yang cemerlang.

    Porzingis mencatatkan 20 mata dan Jayson Tatum menjaringkan 16 mata dengan 11 rebound dan lima assist. – AFP

    Reaksi Porzingis semasa menentang Mavericks pada 6 Jun di Boston. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda