Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cendekiawan berkumpul, bincang isu geopolitik dan ekonomi ASEAN

    JAKARTA, 10 SEPT – Lebih 50 cendekiawan, pakar penyelidik dan ahli akademik di seluruh rantau berkumpul di Jakarta untuk Sidang Kemuncak Badan Pemikir ASEAN (ATTS) pertama untuk membincangkan cabaran geopolitik dan ekonomi utama yang sedang dihadapi ASEAN.

    ATTS selama dua hari anjuran Rangkaian Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa ASEAN (ASEAN-ISIS) bagi menyokong Sekretariat ASEAN dan GIZ, agensi pembangunan Pejabat Luar Persekutuan Jerman itu telah dibuka oleh setiausaha agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn di Ibu Pejabat ASEAN, hari ini.

    ATTS menampilkan perbincangan panel yang bertujuan untuk membangunkan cadangan dasar yang boleh diambil tindakan mengenai bidang kritikal seperti integrasi ekonomi, daya tahan iklim, peranan strategik ASEAN di Indo-Pasifik, dan hubungannya dengan rakan dialog utama.

    “Sidang kemuncak itu dijangka menghasilkan cadangan strategik yang akan dibentangkan untuk dipertimbangkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 akan datang di Laos bulan depan,” kata Kao. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda