Saturday, May 18, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Mangsa kebakaran terima bantuan kewangan

     Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 FEB – Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad telah menyerahkan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) kepada Awang Panai bin Agong dan Awang Solaiman bin Agong, pemilik rumah dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampung Parit, Daerah Temburong pada 19 Januari lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JAPEM, di sini, hari ini, majlis penyerahan bantuan berkenaan berlangsung di Kampung Parit, Daerah Temburong.

    Rumah dua tingkat milik Awang Panai didiami oleh sembilan orang penghuni telah ranap sepenuhnya termasuk empat buah kenderaan dan sebuah perahu milik penghuni.

    Semasa kejadian berkenaan, empat orang penghuni berada di tempat kejadian manakala lima orang lagi bekerja dan berada di rumah saudara terdekat. Akibat kejadian itu, salah seorang anak Awang Solaiman yang berumur 22 tahun telah terkorban.

    Kebakaran dipercayai berpunca daripada penyambungan pendawaian elektrik yang usang.

    Bantuan catuan makanan asasi dan keperluan asas juga diberikan kepada keluarga mangsa. Pemberian bantuan kewangan adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh keluarga mangsa.

    Usaha tersebut menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bergambar ramai bersama keluarga yang menerima bantuan kewangan. – GAMBAR SERAHAN JAPEM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...