Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), hari ini, telah mengadakan majlis ceramah khas bertema ‘Generasi Berilmu, Beramal dan Berakhlak Berlandaskan Sunnah Rasulullah SAW’ dalam menyemarakkan lagi sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.
Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, setiausaha tetap, pemerintah-pemerintah angkatan tentera, timbalan-timbalan setiausaha tetap, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan serta ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar diikuti dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Asmaul-Husna. Ini diteruskan dengan ceramah khas yang telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr Haji Hambali bin Haji Jaili.
Majlis diakhiri dengan sembahyang Sunat Dhuha diikuti dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
