Sunday, May 5, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    China lancar modul kedua stesen angkasa

    BEIJING, 24 JULAI – China hari ini melancarkan dua daripada tiga modul yang diperlukan untuk menyelesaikan stesen angkasa lepas baharunya, lapor media kerajaan, langkah terkini dalam program angkasa lepas Beijing.

    Pesawat tanpa membawa angkasawan itu dinamakan Wentian, telah digerakkan pada roket Long March 5B sekitar jam 2:22 petang dari pusat pelancar Wenchang di pulau Hainan, China.

    Selepas 15 minit kemudian, pegawai dari Agensi Angkasa Lepas China (CMSA) mengesahkan ‘kejayaan’ pelancaran itu.

    Ratusan orang berkumpul berdekatan pantai untuk mengambil gambar pelancaran roket yang meluncur ke udara meninggalkan asap putih.

    Selepas kira-kira lapan minit penerbangan, “modul makmal Wentian berjaya berpisah daripada roket dan memasuki ruang orbitnya, menjadikan pelancaran itu berjaya sepenuhnya,” kata CMSA.

    Pengunjung menyaksikan pelancaran roket dari pelabuhan angkasa Wenchang di selatan China pada 24 Julai. – AFP

    Beijing melancarkan modul tengah stesen angkasa Tiangong yang bermaksud ‘istana syurga’ pada April 2021.

    Hampir 18 meter panjang dengan berat 22 tan, modul baharu itu mempunyai tiga kawasan tempat tidur dan ruang bagi eksperimen saintifik.

    Ia akan berlabuh dengan modul yang ada di angkasa, satu operasi cabaran yang pakar katakan akan memerlukan pengendalian berketepatan tinggi dan penggunaan tangan robotik.

    “Ini pertama kalinya China telah melabuhkan kenderaan besar untuk bersatu, yang merupakan operasi sensitif,” kata Jonathan McDowell, seorang astronomi di Pusat Harvard-Smitsonian bagi Astrofizik.

    Dia berkata sehingga modul seterusnya tiba, stesen angkasa itu akan mempunyai bentuk L yang sungguh luar biasa yang akan memerlukan banyak tenaga untuk mengekalkannya stabil.

    “Ini semua adalah cabaran teknikal yang USSR rintis bersama stesen Mir pada lewat 1980an, namun ia adalah baharu kepada China,” ujarnya kepada AFP. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...