TAIYUAN, 5 JULAI – China mencatatkan kejayaan dengan pelancaran kumpulan satelit Tianhui 5-02 pada jam 6:49 (waktu tempatan) di Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan, Wilayah Shanxi, di utara negara itu, hari ini.
Satelit-satelit tersebut, dibawa oleh roket pengangkut Long March-6 yang telah diubahsuai, berjaya memasuki orbit yang telah dirancang sebelumnya.
Kegunaan utama kumpulan satelit itu antaranya termasuk untuk pemetaan geografi, kajian sumber tanah, serta menjalankan eksperimen saintifik dan tujuan-tujuan lain.
Pelancaran itu merupakan misi ke-527 dalam siri roket pembawa Long March, yang mengukuhkan lagi posisi China sebagai pemimpin dalam sektor aeroangkasa. – Xinhua