Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    China minimumkan risiko COVID-19 semasa TBC

    BEIJING, 6 JAN – China sedang berusaha untuk mengurangkan kemungkinanan penularan utama wabak COVID-19 yang baharu semasa perjalanan Tahun Baharu Cina (TBC) bulan ini berikutan penamatan langkah-langkah pencegahan wabak tersebut.

    Kementerian Pengangkutan China kelmarin menyeru orang ramai untuk mengurangkan perjalanan dan majlis perkumpulan, terutamanya jika melibatkan orang tua, wanita hamil, kanak-kanak damit dan mereka yang mengalami masalah kesihatan.

    Orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam dimestikan memakai pelitup muka dan mengambil perhatian terhadap kesihatan dan kebersihan diri, timbalan menteri, Xu Chengguang memberitahu wartawan semasa taklimat.

    Arahan itu adalah bagi memenuhi permintaan rakyat untuk kekal di dalam rumah sepenuhnya, seperti yang dilakukan oleh kerajaan sejak awal penularan pandemik, walaupun beberapa penjawat awam kerajaan telah menggalakkan pekerja buruh asing untuk tidak pulang ke tempat asal.

    China tiba-tiba menamatkan kawalan sekatan yang ketat, kuarantin dan ujian besar-besaran pada bulan Disember di tengah-tengah kebimbangan mengenai kesan ekonomi dan bantahan awam yang jarang berlaku di negara itu yang tidak membenarkan penentangan keputusan politik.

    Seorang wanita memakai pelitup muka berjalan melintasi keranda kosong yang diletakkan di bilik mayat sebuah hospital di Beijing, Jumaat, 6 Januari 2023. – AP

    China juga menamatkan kuarantin mandatori bagi orang ramai yang tiba dari luar negara ahad ini.

    Serangan semasa menunjukkan penyebaran paling pantas di bandar berpenduduk padat, memberi tekanan pada rangka kerja penjagaan kesihatan. Pihak berkuasan kini bimbang tentang kemungkinan penularan wabak ke bandar-bandar kecil dan di kawasan pedalaman yang kekurangan sumber keperluan seperti katil ICU.

    Di luar negara, sebilangan besar kerajaan menjadikan ujian saringan sebagai mandatori untuk pelancong dari China, ia diperlukan kerana kerajaan China tidak berkongsi data yang cukup mengenai penularan itu, terutamanya mengenai kemungkinan kemunculan varian baharu.

    Kesatuan Eropah pada hari Rabu “memberi saranan tegas” kepada ahli-ahlinya untuk mewajibkan ujian saringan COVID-19 sebelum berlepas, namun tidak semua telah melakukannya. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga melahirkan kebimbangan mengenai kekurangan data dari China, manakala AS memerlukan keputusan ujian negatif untuk pelancong dari China dalam masa 48 jam sebelum berlepas.

    China mengkritik syarat keperluan itu dan memberi amaran ia mungkin akan bertindak balas terhadap negara berkenaan. Wakil rakyat berkata keadaan adalah di bawah kawalan, dan dia menolak dakwaan kekurangan persediaan untuk pembukaan semula. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...