Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    27 anak yatim terima sumbangan

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar Serahan MPK Mata-Mata

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JAN – Seramai 27 orang anak yatim di Kampung Mata-Mata telah menerima sumbangan derma sempena Program Kembali ke Sekolah 2023 anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Mata-Mata, serta jawatankuasa takmir dan Muslimah Balai Ibadat Kampung Mata-Mata, di balai ibadat berkenaan kelmarin.

    Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pemangku Ketua Kampung Mata-Mata, Awang Mohd Yassin bin Haji Omar dan Penasihat bersama Jawatankuasa Takmir Balai Ibadat Kampung Mata-Mata Haji Arbi bin Haji Abdul Hamid.

    Turut menyampaikan sumbangan daripada Muslimah Balai Ibadat Kampung Mata-Mata, ialah isteri Pemangku Ketua Kampung Mata-Mata, Dayang SiAlus binti Osin.

    Sumbangan yang diberikan adalah hasil daripada Tabung Amal Jariah MPK Mata-Mata dan kutipan daripada jawatankuasa takmir dan Muslimah Balai Ibadat Kampung Mata-Mata serta dermawan lain.

    Antara lain tujuan majlis berkenaan adalah sebagai usaha memeduli kebajikan dan hal ehwal pendidikan pelajar yang kurang berkemampuan khususnya anak-anak yatim dalam meningkatkan motivasi untuk meraih kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

    Selain ia juga dihasratkan dapat membantu serta meringankan beban penjaga dan anak-anak yatim dalam membiayai dan membuat persediaan bagi sesi persekolahan tahun ini.

    Majlis seumpamanya juga sebagai wadah dalam usaha untuk terus membudayakan sikap suka membantu, tolong-menolong dan bekerjasama dalam kalangan masyarakat dan penduduk kampung ke arah kesejahteraan dan keharmonian hidup berkampung.

    Awang Mohd Yassin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim pada majlis berkenaan.
    Antara penderma yang turut menyampaikan sumbangan kepada penerima dalam Program Kembali ke Sekolah 2023.
    Antara anak-anak yatim yang menerima sumbangan pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...