Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cip pertama Neuralink pamer peningkatan prestasi

    AUSTIN, 25 JULAI – Noland Arbaugh, individu pertama yang menerima implan cip otak daripada Neuralink, iaitu syarikat teknologi saraf milik usahawan bilionair Elon Musk, mendakwa bahawa prestasi peranti itu semakin meningkat walaupun terdapat sedikit kemerosotan pada awalnya.

    “Ia berjalan dengan baik. Terdapat sedikit kemerosotan prestasi pada permulaan, tetapi sejak pasukan Neuralink membetulkannya, prestasinya terus meningkat secara konsisten,” kata Arbaugh dalam wawancara dengan Sputnik.

    Arbaugh, yang mengalami kuadriplegia telah menjalani implan cip komputer N1 dengan susun tertib elektrod (electrode array) di otaknya selama tujuh bulan.

    Implan itu direka untuk merekodkan dan menghantar aktiviti saraf menggunakan 1,024 elektrod.

    Walaupun terdapat beberapa elektrod yang tertarik semula akibat pergerakan semula jadi otak, ia  tetap berfungsi dengan baik.

    Arbaugh juga berkata bahawa pasukan Neuralink sentiasa berusaha memperkenalkan ‘perkara baharu dan menarik’ sejak peranti itu diimplankan di kepalanya.

    Pada Januari, Elon Musk mengumumkan bahawa Neuralink berjaya implan peranti otak pada subjek manusia buat kali pertama.

    Neuralink bertujuan membangunkan teknologi yang menghubungkan otak manusia secara langsung dengan komputer atau sistem digital lain secara komprehensif, membolehkan pelbagai jenis interaksi dan aplikasi dapat digunakan untuk meningkatkan fungsi otak, merawat penyakit dan meningkatkan keupayaan manusia. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda