Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Coric dominasi Masters Cincinnati ATP

    CINCINNATI, 22 OGOS – Borna Coric, yang hanya kembali pada Mac selepas disisihkan selama setahun akibat kecederaan bahu, mendominasi pemain pilihan keempat, Stefanos Tsitsipas kelmarin untuk memenangi Masters Cincinnati ATP.

    Pemain ranking ke-152 dunia dari Croatia itu berjaya menjinakkan bintang Greece 7-6 (7/0), 6-2 untuk menjadi pemain ranking bawahan untuk menjulang trofi Masters.

    “Sejujurnya, sukar untuk menerangkan. Ia sangat sukar dipercayai,” kata pemenang itu.

    “Saya hanya akan menikmati kemenangan ini.

    “Saya merasakan saya bermain dengan baik. Saya berlatih dengan keras, dan saya tahun mampu bermain dengan baik, tetapi untuk bermain di peringkat ini, saya langsung tidak menyangka.”

    Reaksi Borna Coric meraikan kemenangan selepas menjuarai Masters Cincinnati ATP setelah menewaskan Stefanos Tsitsipas, 21 Ogos lalu.- AFP

    Coric tewas dalam perlawanan final sebelum ini pada peringkat ini, ditundukkan oleh Novak Djokovic di Shanghai empat tahun lalu.

    Kelmarin, Coric menggantikan pemain Sepanyol ranking ke-143, Roberto Carretero, juara Hamburg 1996, sebagai pemain ranking bawahan yang berjaya menjulang trofi Masters.

    “Tubuh saya sangat tertekan sepanjang minggu ini,” kata pemain Croatia. “Saya bermain banyak perlawanan di kejohanan ini, dan banyak mengadakan sesi latihan.

    “Saya kini bermain lima perlawanan berturut-turut. Jadi saya perlukan rehat beberapa hari. Saya perlu kembali dan bersedia untuk Terbuka AS.”

    Coric bangkit daripada ketinggalan semasa awal perlawanan, mengejar Tsitsipas 4-1 sebelum berjaya mendahului dan memenangi set penentuan. Momentum semakin berubah pada set kedua buat pemain Croatia, yang disokong oleh peminat yang memakai baju warna bendera negara itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...