Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Makluman gangguan bekalan air di kawasan Kampung Subok

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai mengenai kemungkinan berlakunya gangguan bekalan air atau tekanan air rendah di beberapa buah kawasan bermula pukul 9 pagi,
    esok.

    JKR menjelaskan, gangguan bekalan air atau tekanan air rendah itu adalah disebabkan kerja-kerja pencucian tangki air Kampung Subok yang akan dilaksanakan pada hari berkenaan.

    Sehubungan itu, beberapa kawasan iaitu keseluruhan Kampung Subok, Jalan Kota Batu, Kampung Sungai Lampai, Kampung Serdang, Kampung Sungai Belukut dan sekitarnya, berkemungkinan akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan terutama di kawasan tinggi.

    Jabatan itu memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menyelesaikan kerja berkenaan secepat mungkin.

    JKR turut memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui lori tangki
    atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...